Friday, November 17, 2017

Unifi vs Streamyx

Hi,

Harini nak citer pasal unifi vs stmyx. Almaklumla semenjak training di tm ni dapat lah jugak serba sedikit info mengenai produk tm. Yang menarik setakat ni adalah produk unifi. Sekarang ni stmyx dengan kelajuan 2MBPS berharga RM129 dan unifi lite dengan kelajuan 10MBPS juga berharga RM129 TAPI TIADA PERKHIDMATAN FREE CALL UNTUK TALIAN TM KE TM. Tapi ok lah sebab sekarang ni ramai yang pakai smartphone kan jadi tak perlu sangat call free tu..huhu..

Yang menyedihkan adalah unifi ni hanya kawasan2 terpilih je yang ada disebabkan faktor kos yang tinggi sebab unifi menggunakan fibre bkn copper spt stmyx. Jadi tidak akan berlaku lagi masalah kecurian kabel internet. Lagipon banyak desas desus yang sis dengar mengatakan line stmyx skrg slow berbanding dengan dengan penggunaan masa mula2 mendaftar. Tu blom lagi pembaikan lambat setelah berlaku kecurian kabel.

Jadi pada yang berpeluang duduk di kawasan unifi gunakan peluang yang ada. 😉


Monday, November 13, 2017

Loreal Syampu Fall Resist (Anti-Dandruff)

Hi,

Hari ni nak citer tentang produk penyelesaian kepada masalah kelemumur yang mana akan merimaskan lagi2 bila kelemumur terlalu banyak dan kepala teramat gatal. Dah bermacam macam syampu yang sis pakai dari head n shoulder, safi, syurah, himalaya dan lain2. Untuk kelemumur yang tak berat or tak banyak, head n shoulder pon dh ok.

Setelah sekian lama try n error akhirnya sis jumpa syampu loreal ni. Bagi sis amatlah bagus sebab kelemumur dah berkurang dan kepala pon xrasa gatal macam selalu. Dan yang lagi best rambut pon kurang gugur. Adik sis pon cakap syampu tu bagus bila dia pakai. Maka sis bknlah syok sendiri ye dok..hihihi..


Harga di pasaran pula sekitar RM (belas-belas la jugak.antara 15-18 gitu)..Sorry tak berapa ingat..Semalam (12/11/17) sales di watson maka harganya jatuh pada RM12.00++. Maka sis pon grab la 1 botol. ok lah itu sahaja wat masa ni..byee