Assalamualaikum..
hari ni nk cter pasal PSH19 ni..masa bulan 7 baru2 ni sis ade nampak iklan di facebook..maka dengan mencuba nasibnya sis pon try mohon..dalam bulan lapan sis dapat panggilan interview..dari situ sis dapat tahu yang mohon dalam 200 orang dan yang layak untuk sesi temuduga hanya 10 orang..maka sis pon berserah sambil menimba pengalaman interview..soalan mudah2 sahaja dan agak santai..tapi sis takda lah letak harapan yang tinggi..
tanpa disangka tengah bulan 9 sis diminta untuk hadir melapor diri..kontrak sis cuma 3 bulan sahaja..so kena usha2 jugak peluang kerja yang lain..sebenarnya sis berniat nk cari modal untuk buka kelas tuisyen di rumah..jadi dalam masa 3 bulan tu inshaallah rasanya kalau xda apa2 halangan boleh la berjinak2 dengan bekerja sendiri..
untuk hari pertama sis hanya berkenalan dengan meja n pc serta beberapa orang staff sahaja..hehe..untuk hari kedua pon lebih kurang sama sbb staff yang patut guide sis sibuk sangat..lagipon tgh tunggu lagi 2 org staff psh utk sambung kontrak..
psh ni merupakan singkatan kepada pekerja sambilan harian..ni adalah salah satu cara kerajaan untuk jimatkan kos..yang mana staff psh dibayar gaji mengikut hari dtg bekrja sahaja..tiada ot dan bonus serta apa2 keistimewaan dan kemudahan seperti staff kerajaan yang tetap..jadi sementara belom dapat kerja yang menjamin tak salah kalau kita ambil je peluang ni untuk timba pengalaman daripada tak buat apa2..
bayaran pula mengikut 3 kategori (spm, diploma dan ijazah)..kalau spm dibayar pada kadar rm54 sehari..dan kalau ijazah pula dibayar pada kadar rm100 sehari..ada yang kontraknya disambung dan ada yang tidak disambung..sama ada sambung atau tidak itu bergantung pada rezeki juga..hehe..
itu je lah yang sis nk share sementara takda kerja dan tak bz lagi..nanti kalau ada apa2 lagi sis akan update ok.
No comments:
Post a Comment