Tuesday, September 17, 2019

Pusat Tuisyen Manjung

Hii..assalamualaikum..lama tak update..macam2 perkara berlaku sampai terabai blog ni..huhuhu..

Sis akan rangkumkan semuanya dekat sini..

Lepas habis SL1M dengan TM..sis berkhidmat sebagai guru tuisyen matematik di bandar tempat sis tinggal..pukul 3 ptg sis mohon then pukul 9 malam dh kena panggil interview..tanpa disangka keesokannya dh kena mula mengajar..sehari dibayar rm40..tanpa ada any black and white..

Dalam hati terdetik mcm terdesak sangat tempat tuisyen ni..tapi memandangkan itu satu pengalaman yg baru maka sis pon teruskan..mula2 pelajar sikit je..makin lama makin ramai..sampai kena buka 2 ke 3 sesi utk 1 darjah..

Bila cukup hujung bulan duit elaun masih belum dapat..sepatutnya training hanya sebulan dianjakkan jadi 2 bulan..ramai pekerja berhenti dan diberhentikan secara mengejut..maka tinggallah 2 org cikgu sahaja..tengah bulan berikunya baru dapat elaun bulan lepas..bayangkan..siapa2 yg ada komitmen dan hutang memang akan sengsara..

Kemuncak terjadi bilamana tiba2 sis diarahkan utk mengajar student dirumah pula yang mana bercanggah dengan perjanjian lisan sebelum ni..dan dibayar dengan bayaran yg sama..maka sis pon menolak utk mengajar student dari rumah..

Pada awal bulan 7 sis pon tamatkan perkhidmatan sis  selepas melakukan perbincangan dengan pihak tuisyen tersebut..pihak tuisyen menjanjikan utk buat bayaran tertunggak bln 6 pada tengah bulan 7 ..dan bayaran bulan 7 pada pertengahan bulan 8..tapi banyaran tidak dilakukan seperti yang dijanjikan..sampaikan terjadi perbalahan di whatsap..

Akhirnya bayaran dilakukan pada bulan 9 dengan bayaran sehari rm30..yg mana bercanggah lagi dengan perjanjian lisan awal..

Tak lama lepas tu ada dpt berita dr bekas cikgu (pekerja tetap) di pusat tuisyen tersebut yg juga akan tamatkan perkhidmatan..bayaran epf juga dikhabarkan hanya sebulan..slip gaji tiada..student banyak lari..

Moral of the story..jgnlah buat aniaya org..keberkatan itu perlu..

Sekian..

No comments:

Post a Comment